- Jeneral Perang – Abu Sufyan bin Harb
- Sayap Kanan – Khalid Al Walid
- Sayap Kiri – Ikrimah bin Abu Jahal
- Belakang – Bahagian makanan, minuman dan perubatan
- Sokongan – Penyair wanita digunakan untuk menguatkan semangat kaum lelaki berperang.
Jikalau dilihat dalam konsep peperangan, peranan sayap kiri tentera adalah amat penting. Ia sama penting dengan peranan sayap kanan.
Kalau dilihat dari sudut ini, wanita diletakkan dibahagian sokongan, bukannya sayap kiri.
Pada dasarnya, lelaki mampu berjuang walaupun tanpa wanita. Tetapi ia akan menjadi agak tempang ataupun kurang sempurna tanpa kehadiran golongan ini.
Ada yang mengumpamakan lelaki sebagai burung dan wanita pula sebagai sayap kiri. Tanpa sayap kiri (wanita), burung (lelaki) tidak boleh terbang (berjuang). Perumpamaan ini seolah-olah menyatakan lelaki tak boleh berjuang tanpa kehadiran wanita tetapi pada hakikatnya lelaki boleh berjuang tanpa wanita. Bagi aku, perumpamaan ini tak sesuai.
Jikalau diumpamakan lelaki sebagai ayam dan wanita sebagai sayap kiri. Bagiku ia agak logik juga. Ini kerana tanpa sayap kiri (wanita), ayam (lelaki) tetap boleh berjalan (berjuang) walaupun kelihatan agak cacat dan kurang sempurna.
Apa la yang mengarut hari ni.
-ibnuahmad-
2 comments:
Andai kata...
Muslimat= Mata Kiri
Muslimin= Mata Kanan
Jika mata kanan di tutup, mata kiri akan dapat melihat, sekiranya mata kanan di tutup, mata kiri juga dapat melihat andaikan melihat itu perjuangan... tetapi sekiranya kedua-dua mata ini memandang objek yang dekat (hidung) ia akan menyebabkan kelabu... andaikan kelabu itu telagah di antara kedua-duanya... ini akan mengakibatkan matlamat tidak direalisasikan.... tetapi juga seandainya kedua-dua mata itu tertumpu pada suatu objek... ia dapat dilihat juga.. dgn jelas,terang... itulah matlamat yang sebenarnya.....
Analogi-analogi yang menarik... Namun analogi mempunyai keburukan disamping kebaikannya. Jadi, metode penyampaian yang betul akan membantu pendengar/pembaca memahami objektif utama analogi tersebut disampaikan. Tingkatkan lagi usaha.
Post a Comment