Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Aug 10, 2009

Konvokesyen

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa yang bergraduan pada tahun ini diseluruh Negara. Semoga rezeki ilmu yang diperolehi menjadikan diri lebih matang menghadapi kehidupan dunia yang sementara. Konvokesyen merupakan suatu majlis terulung dan berprestij yang diadakan oleh pihak universiti. Majlis yang diadakan penuh dengan protokol yang amat rumit dan agak melemaskan. Namun satu kesilapan kecil akan mencacatkan majlis yang diadakan. Apatah lagi jika kesilapan besar yang dilakukan.

Kehadiran artis-artis yang tidak mengenal ertinya Islam, tidak mengenal erti kehidupan dunia, tidak mengenal adab dan budaya, tidak mengenal budi bahasa terus mencacatkan majlis. Majlis sepatutnya tempat menyatakan rasa syukur atas kurniaan Allah telah bertukar menjadi tempat maksiat yang durjana. Menggambarkan tempat menuntut ilmu sebagai tempat penggerak maksiat. 1 Malaysia.

Makhluk Bertopeng
Ancaman virus selsema babi terus meningkat dan telah menjadi igauan setiap orang. Ketakutan ini telah melahirkan ramai makhluk-makhluk bertopeng bagi menghindarkan diri dari virus ini. Apa yang dikesalkan ialah mereka takutkan akan penyakit mati yang pasti menjelma walaupun seluat mana kita cuba mengelakknya, namun semasa mereka memakai topeng, mereka masih lagi mendedahkan aurat. Mereka mengutamakan saranan pakar kesihatan, namun perintah Allah mereka abaikan. Alangkah indahnya muslimat-muslimat yang memakai purdah. Menjaga kehormatan diri disamping ikhtiar mencegah penyebaran penyakit.

Ukhuwwah
Kegembiraan terzahir di wajah atas kejayaan di dunia ini. Tidak dapat digambarkan kegembiraan jika berjaya mendapatkan keredhaan Allah swt di akhirat kelak. Sejauh mana usaha, sejauh mana prestasi diri terletak pada kekuatan individu.

“Hang kena datang majlis konvo aku tahun depan, kalau tak, aku tak datang walimah kau”, luahan seorang sahabat. “Aku rasa walimah aku lebih awal dari majlis konvo hang”, saya menjawab sambil sama-sama ketawa.

Ukhwah yang dibina bertahun lamanya masih lagi utuh di hati walaupun detik perpisahan telahpun diukir. Sedih dan sayu dalam menghadapi kegembiraan. Alam lama ditinggalkan, alam baru menanti untuk diterokai dengan hikmat. Walaupun ia lebih padat dan mencabar keimanan serta membuktikan kesungguhan.

No comments: