Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Aug 23, 2009

Mesej Ramadhan

Ya Allah,
Pilihlah aku sebagai tetamu Ramadhan,
Kurniakan aku rahmat dan maghfirah,
Titiskan dari air mataku, air mata taubat,
Hiaskan lidahku dengan dendangan tadarus,
Selimuti malamku dengan tarawih berbantalkan tahajjud,
Moga aku mewarisi AL JANNAH,
Jadikan ramadhan ini yang terbaik untukku.


Ramadhan kareem…
Tarbiah didahulukan,
Taqwallah diutamakan.

Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air bernombor 1430H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat. Penerbangan ini bebas asap perselisihan. Kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib. KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan, mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini.

Semoga segala kata-kata hikmah tidak menjadi kata-kata yang sia-sia, sekadar menghiasi ruangan teknologi di malam permulaan bulan Ramadhan. Ramadhan yang dirindui menjelma kini, menjana kekuatan, meneguhkan iman, menghadapi cabaran, mencari keredhaan Maha Pencipta.


No comments: