Pada 01 Ogos 2009, sabtu, satu perhimpunan raksasa telahpun diadakan bagi membantah kewujudan akta yang zalim ini di Malaysia. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh Isa (GMI) mendapatkan sokongan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan berpuluh-puluh badan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Menurut sumber dari harakahdaily.net, lebih 100 000 orang penyokong yang membantah ISA berjaya dikumpulkan. Seperti yang telah dijangkakan, polis dan FRU bertindak dengan ganas dengan menyerang rakyat 1 Malaysia menggunakan gas pemedih mata dan semburan air berasid. Seramai 589 orang telah ditangkap kerana menghadiri perhimpunan ini (sumber berita harian online). Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.
Akta ISA dan polis tertakluk pada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Polis bertindak membela abangnya (ISA) apabila ada golongan yang hendak membanteras abangnya. Suatu perkara yang tidak pelik. Tanpa ISA, siapalah KDN, siapalah Barisan Nasional. 1 Malaysia.
Pada perancangan peringkat awalnya, semangat hendak pergi membela mereka yang tertindas dengan akta ISA ini berkobar-kobar. Namun beberapa permasalahan yang kecil telah mengendurkan semangat itu. Ditambah dengan semangat diri yang semakin lemah kesan dari tarbiyah dan ukhwah yang semakin kurang menjadikan diri ini hanya memerhati dari jauh. Sedih mengenang nasib diri sendiri walaupun diri ini masih merindui akan gas pemedih mata dan merian air asid. 1 Malaysia. Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.
No comments:
Post a Comment