Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Aug 16, 2009

Mencari Diri

Terkadang terasa sedih, sayu dan pilu mengenangkan keadaan diri yang terlalu mudah hanyut dan leka dibuai mimpi-mimpi dunia yang indah dan bersifat sementara. Persekitaran dan suasana amat mudah mempengaruhi untuk menceburkan diri kearah perbuatan yang tidak menghasilkan manfaat dan faedah sebaliknya semakin menjauhkan diri dari mencari realiti kehidupan.


Berbekalkan keilmuan diri yang sedikit, namum ia sudah cukup untuk membezakan perkara yang hak dan batil, baik dan buruk, benar dan salah, pahala dan dosa, syurga dan neraka. Setiap perbuatan yang dilakukan adalah jelas akan hukumnya. Namum diri tetap terarah kepada perkara yang bersifat negatif.


Dalam membuai mimpi dunia, kadang-kadang dikejutkan juga dengan kehadiran nasihat dan teguran. Kehadiran yang menyeru agar bangkit kembali dari lena yang panjang supaya hidup menjadi lebih bererti dalam mencari identiti individu muslim yang sebenar. Ia mengumpul semula semangat dan kekuatan supaya lebih beriltizam dalam menjalani pengembaraan yang penuh raujau dan berduri. Terima kasih atas peringatan dan teguran.


http://web7.bernama.com/bernama/newspic/am/SG03_051105_KUBUR.jpg


Mungkin lena akan datang mengulik lagi. Mungkin diri akan terbabas lagi sebelum kaki sempat memijak landasan yang lurus. Mungkin semangat dan kekuatan yang dibina akan pudar kembali. Namun sebagai seorang insan kerdil yang menyakini kematian itu pasti menjelma, ku tetap tabahkan diri, ku tetap akan kuatkan langkah kaki dalam terus mencari identiti diri. Mencari keredhaan ilahi.


Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan, terlalu banyak kesalahan yang telah dibuat, tidak terhitung banyaknya dosa sama ada dalam sedar atau tak disedari. Terasa amat lemah diri ini. Ku mengharapkan keampunan dari Ilahi, ku mengharapkan sokongan dan dorongan, menegur dan menasihatiku. Jangan biarkan daku terus lena dibuai mimpi. Mencari cahaya di akhirat nanti.

1 comment:

mujahidahputeri said...

salam ramadhan kareem.buah tangan ramadhan buat anda.time ksh.