Ketika berhadapan dengan seorang yang pemalu, ia telah menjadikan saya turut merasa malu. Entah kenapa terjadinya sebegini masih belum dapat saya rungkaikan. Lalu timbul satu keinginan untuk menulis mengenai “malu”. Setelah membuat “brainstorming”, idea yang diperolehi tidak memuaskan hati menyebabkan keinginan menulis mengenai “malu” terbantut.
Dalam penerokaan dunia internet beberapa hati lepas, maklumat yang tidak dicari, tetapi terjumpa secara tidak sengaja. Lalu saya persembahkan apa yang dijumpai ini seperti dibawah.
Kurniaan Sifat Malu
“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.
Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.
Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
No comments:
Post a Comment