Kes-kes penculikan semakin meningkat yang mana melibatkan kanak-kanak menjadikan Malaysia tempat yang kurang selamat untuk kanak-kanak. Kes penculikan dan pembunuhan yang tak dapat diselesaikan semakin menghakis kepercayaan orang ramai terhadap badan berkanun. Mungkin inilah negara yang di war-warkan dengan SELAMAT, AMAN, MAKMUR.
Tiba-tiba negara dihebohkan dengan isu yang lebih popular iaitu kes liwat. Pengakuan terbuka yang dibuat oleh Saipool Bukhari untuk mencari keadilan bagi pihaknya adalah dilihat suatu tindakan yang berani. Sebagai seorang lelaki, saya merasakan pengakuannya tidak patut disiarkan secara umum melalui media massa. Saya merasakan maruah saya sebagai LELAKI turut tercalar dengan pengakuan tersebut, eeee.... Sungguh memalukan.
Persoalannya, adakah tindakan bersumpah dengan memegang QURAN adalah kaedah yang diajar oleh ISLAM. Banyak pendapat yang telah dikeluarkan mengenai tindakan tersebut, ada yang mengatakan ia mengikut cara YAHUDI, ada yang mempertahannya dengan mengatakan ia berlandaskan cara ISLAM yang sebenar.

Belum lagi reda dengan kes liwat, timbul pula kes raba. Kesian betul saya pada PUTERI UMNO ni, datang menyahut cabaran berjihad di Permatang Pauh, tetapi maruah tergadai. LAWA sangat ke PUTERI UMNO ni ataupun SEKSI sangat ke PUTERI UMNO ni sampai kena raba. Ataupun kaum LELAKI kat Permatang Pauh ni takleh tengok PEREMPUAN/PUTERI, asyik nak raba je. WANITA UMNO takde pula kena raba. Teruk betul kaum LELAKI ni, ishk3.-ibnuahmad-

No comments:
Post a Comment