Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 20, 2008

Sifat-sifat Orang Bertaqwa (Tafsir Surah Ali Imran: 139-141)

Ayat 139

  1. Janganlah kamu berasa lemah untuk berperang dan melengkapkan diri disebabkan oleh kecederaan dan kegagalan kamu dalam Perang Uhud.
  2. Janganlah kamu menjadi sedih dengan adanya beberapa orang yang meninggal pada Perang Uhud.
  3. Tidak wajar bagi umat Islam berasa hina dan berduka cita padahal kedudukan umat Islam daripada golongan kafir jika kamu benar-benar beriman.
  4. Tujuan orang kafir berperang adalah untuk perkara dunia (harta benda, kemegahan, membalas dendam dll)
  5. Kita dilarang bersedih dengan kejadian sedih (kekalahan, kematian dll) yang telah berlaku kerana ia boleh melemahkan semangat umat islam.
  6. Kita hendaklah sentiasa bersedia dalam berhadapan golongan kuffar dalam menegakkan agama Islam yang tercinta.
  7. Khabar gembira bagi orang-orang beriman bahawa kemenangan akan tiba di kemudian hari.


Ayat 140

  1. Umat Islam tidak boleh berhenti daripada berjihad kerana tiada alasan untuk berhenti berjihad. Jika umat Islam pernah terluka/tewas di medan Uhud, orang kafir juga pernah terluka/tewas di medan Badar, tetapi mereka tetap memerangi umat islam.
  2. Allah mempergilirkan peristiwa kemenangan dan kekalahan agar manusia mendapat pelajaran dan Allah membezakan orang-orang yang beriman dengan orang kafir/munafik. Dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian umat Islam yang syahid. Allah tidak mengurniakan syahid kepada orang-orang yang zalim.


Ayat 141

  1. Allah mempergilirkan peristiwa kemenangan dan kekalahan adalah untuk membersihkan kekotoran yang terdapat pada hati mukmin yang lemah supaya mereka berjiwa ikhlas tanpa dipengaruhi kekotoran noda sedikit pun.
  2. Hati orang kafir telah diserang perasaaan putus asa, harapan mereka mulai hilang sehingga mereka tidak bersemangat lagi. Mereka hanya terdaya untuk muncul apabila keadilan dan kebenaransudah tidak ada lagi untuk melawan dan memerangi kebatilan mereka.


Rujukan:

  1. Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, (2001), Tafsir Al-Maraghiy, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
  2. Fahd bin Abdul Aziz Al Su’ud, (1418H), Al Quran dan Terjemahannya, Quran Complex, Medinah.

-ibnuahmad-

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan

Berita muka surat depan Berita Hairan hari ini, "Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan" menarik minatku untuk membacanya.

Baca berita penuh di: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081020234948/Article/index_html

Namun apa yang terkandung di dalamnya menurut apa ku fahami, Sultan murka kepada kerajaan BN persekutuan kerana melambatkan projek-projek Mega di negeri Kelantan. Antaranya kampus UMK dan projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke2 serta ECER yang tak menampakkan perkembangan lagi.

Kerajaan negeri telah mengusahakan projek pelabuhan (tidak tersenarai dalam ECER) yang mana bakal membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat.

Kenapakah kerajaan BN tidak memasukkan projek pelabuhan ke dalam ECER?
  1. Kerajaan tak nampak akan kepentingannya
  2. Kerajaan sengaja menyusahkan rakyat Kelantan.
  3. Sebab Kelantan ditadbir oleh PAS.
  4. Kerajaan BN tak pandai berfikir (kalau dalam bahasa Kelantannya "bodo"@bodoh)
  5. Lain-lain jawapan yang boleh difikirkan patut.
Fikirlah perkara sebenarnya disebaliknya apa yang berlaku. Yang pasti kebatilan akan dikalahkan oleh kebenaran. Islam pasti akan menang.

-ibnuahmad-

Oct 19, 2008

Jangan Merungut

Satu program telah dirancang dengan teliti, taklimat yang mantap telah diberikan dan ia telah dilancarkan oleh AJK program dengan gilang gemilang. Namun ia tidak mendapat sambutan terutamanya daripada sahabat-sahabat seangkatan.

Bagaimanakah perasaan AJK program pada masa tersebut? Marah, kecewa, tak puas hati dan lain-lain perasaan mula timbul.

Pada masa tersebut, muncullah kata-kata yang tajam lagi berbisa, 'sms' yang menempelak ketidak hadiran sahabat-sahabat ke program dan macam-macam perkataan lagi akan terkeluar. Pada masa tersebut seolah-olah tiada lagi kebaikan yang ada pada sahabat ini, semuanya buruk belaka.

Di atas satu kesalahan, semua perkara baik yang lepas dilupakan, tidak dikenang lagi. Hanya kesalahan yang satu ini selalu disebut-sebut, diulang-ulang.

"Baca bab jihad konon, program pun tak pergi", itulah kata-kata yang pernah kedengaran. Membaca pun dah jadi kesalahan disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu program.

Kadang-kadang terasa kelakar juga. Aku tidak pandai bermadah, aku juga tak pandai berpujangga.

DUK SAJA, BERDOSA. Satu catatan peribadi.

-ibnuahmad-

Oct 15, 2008

Jadikan Solat sebagai Teman Hidup Anda


Permasalahan

Permasalahan yang sering timbul dikalangan manusia ialah tekanan perasaan. Ia adalah disebabkan beberapa perkara yang berkaitan dengan individu itu sendiri atau keadaan persekitaran individu tersebut. Contohnya bebenan kerja, masalah kewangan, hubungan kekeluargaan, kematian dan lain-lain lagi.


Jalan yang Diambil.

Biasanya kita akan mengambil jalan-jalan untuk menghilangkan atau mengurangkan tekananannya. Antaranya:
  • Mengadu kepada mak ayah.
  • Mengadu kepada kawan-kawan.
  • Telefon/sms.
  • Menjerit sekuat hati.
  • Tidur.
  • Memandu kenderaan laju/bersendirian.
  • Mengadap komputer (internet/game).
  • Berjalan, merenung ciptaan Tuhan.
  • Makan, makan, makan.
  • Menangis (terutamanya perempuan)
  • DLL.

Teman Solat

Aku teringat seorang ustaz menceritakan bahawa Rasulullah SAW yang sentiasa menjadikan solat sebagai teman rapatnya. Apabila sedih/berduka, Nabi akan bersolat, apabila bergembira, Nabi akan bersolat. Nabi SAW sentiasa menjadikan solat sebagai temannya.

Apa yang aku fikirkan, kita juga sepatutnya menjadikan solat sebagai teman hidup kita takkala senang ataupun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Dengan bersolat, ia dapat menenangkan fikiran takkala kita sedang berduka. Ia dapat melahirkan rasa kesyukuran apabila kita sedang bergembira. Ia dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah, hubungan seorang hamba dengan Maha Pencipta.


Di Akhirat Kelak.

Di akhirat kelak, sebelum mahkamah memulakan perbicaraan, manusia akan berhadapan dengan keadaan yang sangat haus. Di akhirat terdapat sebuah telaga yang bernama Kausar. Barangsiapa yang berjaya meminum air di dalam telaga itu, maka perjalanannya diakhirat selepas ini akan selamat dan begitulah sebaliknya.

Manusia pada masa itu akan berbondong-bondong menghampiri telaga Kausar untuk meminum airnya. Namum ia dihalang oleh malaikat yang bertugas mengawal kawasan tersebut. Pada masa tersebut, Nabi SAW akan memanggil ummatnya untuk meminum air telaga Kausar.

Bagaimanakah Nabi akan mengenali ummatnya?

Nabi mengenali ummatnya dengan terpancarnya cahaya dari anggota wudhuk. Beruntunglah manusia yang banyak berwudhuk dan menjadikan solat sebagai teman rapatnya di dunia. Di akhirat ia akan dapat minum air dari telaga Kausar yang mana ia menjamin perjalanannya yang masih jauh di akhirat.


Rujukan
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Harakah, Kuala Lumpur.

-ibnuahmad-

Oct 12, 2008

Colek Pauh


Oct 10, 2008

Omong Kosong

Dalam suasana politik negara yang agak kelam kabut sejak akhir2 ini, aku malas nak jadi penganalisis politik. Namun begitu aku tetap mengikuti perkembangan semasa politik tanah air ku ini.

16 September, isu yang hangat diperkatakan sebelum ini dah semakin pudar di bibir rakyat. Yang bermain di perbualan masyarakat sekarang ini ialah tentang UMNO. Isu pergolakan dalam UMNO, pengunduran Pak Lah daripada jawatan tertinggi parti, mesyuarat bahagian dan banyak lagi.

Perkara inilah yang bermain di dalam masyarakat sekarang ini, setiap dari anggota masyarakat mempunyai pendapat sendiri dalam hal ini. Masing2 dah jadi penganalisis politik.

Bercakap pasal pemilihan UMNO, jauh dilubuk hatiku berharap Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk jawatan presiden. Namun Muhyiddin hanya menawarkan diri sebagai timb presiden. Mungkin beliau dapat membawa halatuju politik Najib tak lama atau dia mempunyai alasan yang lain.

Baru hendak menyaksikan pertempuran hebat Mac ini, namun ianya tak jadi.


-ibnuahmad-

Oct 8, 2008

Dalam Kemeriahan, Ada Juga Dukanya

Dalam kemeriahan menyambut idulfitri, banyak juga peristiwa duka yang menyayat hati. Ada yang berjaya menempuhnya dengan sabar dan tabah. Ada juga yang gagal dalam menghadapi dugaan ini.

"Kesyukuran dalam kemeriahan", inilah tema yang digunakan dalam TV3 dalam menyambut suasana hari raya. Namun apa yang dihidangkan kepada penonton tidak mengambarkan lansung tanda-tanda kesyukuran kepada Allah. Yang ada hanyalah hiburan yang melampau, filem-filem kemaksiatan dan banyak lagi yang tidak mencerminkan kita ini umat Islam.

Hari Raya yang disambut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas limpah dan kurnianya dapat kita menghadapi segala halangan dan cobaan sepanjang menempuh bulan ramadan. Kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kekuatan kepada manusia untuk berpuasa dan beramal disepanjang bulan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Dalam kemeriahan, ada juga dukanya. Dua orang sahabatku telah telah kehilangan ayahanda yang tercinta. Ayah Rini Liana telah pergi mengadap ilahi pada 4 Syawal dan ayah kepada Fadli Dzul Hilmi pada 7 Syawal yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kepada kedua sahabatku ini agar dapat menghadapinya dengan tabah. Al Fatihah.

Apa yang pasti, aku dan sesiapa yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sejauh manakah kita telah bersedia dalam menghadapinya?

-ibnuahmad-

Oct 7, 2008

10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Bila ditanya berapakah rukun solat dan cuba senaraikannya, ramai juga yang tidak mampu menyenaraikan sepenuhnya atau dengan betul. Aku sendiri pun kadang-kadang terlupa. Maklumlah manusia. Tu belum tanya lagi rukun puasa ada berapa?

Pernah dulu ada sahabat yang buat soalan kuiz mengejut. Ditanya siapakah Mursyidul Ikwan Muslimin yang ke2, menurut makluman penganjur, hanya dua orang je yang betul daripada lebih kurang 50 orang peserta.

Kekurangan ilmu, lemahnya daya ingatan, malasnya nak pergi ke kuliah agama apatah lagi membaca buku antara faktor terjadinya perkara ini.

Dalam lebih kurang tiga bulan yang lepas, aku membaca buku mengenai 10
sahabat yang dijamin syurga. Tapi bila cuba diingat balik riwayat 10 sahabat ini, dah tak ingat dah. Nak senaraikan nama 10 sahabat ini pun dah tergagap-gagap.

Disini aku senaraikan nama 10 orang sahabat yang dijamin syurga. Riwayat hidup boleh cari sendirilah. Kat internet ka, kat buku ka. Itu pun kalau rajin. Moga sama-samalah menjadi rajin untuk mencari ilmu.

  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.- Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. - Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. - Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. - Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a. -Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a. - Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a. - Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. -Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a. -Orang Kepercayaan Ummat Ini
  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a. - Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih


Sumber Rujukan:

Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait

-ibnuahmad-

Oct 5, 2008

Sultan Muhammad Al Fateh

Alhamdulillah, pada 29 Ramadan yang lepas saya sempat membeli novel sejarawan islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh - Penakluk Konstantinopel. Saya sempat menghabiskan pembacaan buku tersebut pada hari yang sama walaupun ada sahabat saya yang mengatakan saya ni jenis pengumpul buku, bukan pembaca bukan.

Dalam buku ini mengisahkan riwayat hidup Sultan Muhammad Al Fateh dan usahanya dalam menawan Kota Konstantinopel yang merupakan suatu tempat yang strategik yang dikuasai oleh Kerajaan Rom. Kota ini telah cuba ditakluk sejak Zaman Khalifah Arrasyidin dan hanya berjaya ditakluk pada zamannya iaitu di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, Kota Konstantinopel akan berjaya ditakluk oleh Raja yang baik, tenteranya yang baik dan rakyanya yang baik.

Hadis ini hanya terbukti selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah.

Dalam novel ini diceritakan bagaimana usaha Sultan Muhammad dalam membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang raja yang baik yang membentuk tentera dan rakyatnya menjadi baik, strategi politik dan ketenteraannya, hubungannya dengan pencipta dan cabaran serta dugaan yang dihadapi dalam proses penaklukan Kota Konstantinopel.

Akhirnya kota ini jatuh ketangan ummat Islam selepas pertempuran selama 53 hari. Suasana debaran menanti memang terasa apabila membaca novel ini. Satu pasukan tentera yang baik diuji oleh Allah dengan mengambil masa yang begitu lama unutk menakluk sebuah kota.

Setelah berjaya menaklukinya, Sultan Muhammad telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambul (Islam sepenuhnya). Al fateh yang bermaksud Sang Penakluk adalah gelaran yang diberikan kepada Sultan Muhammad.

Sultan Muhammad Al Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 akibat diracun oleh seorang munafik. Al Fatihah.

-ibnuahmad-

Sep 22, 2008

Rindu.....




22 ramadhan, kerinduan terhadap kampung halaman makin terasa, sudah agak lama merantau meninggalkan abah, mek dan adik2 di kampung.

Insyaallah, esok aku akan pulang ke kampung. Ramai yang bertanya, kenapa balik awal? Jawapan yang ku berikan tiket habis.

Terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan yang banyak menyokong ku selama ini. Banyak jasa yang telah kalian berikan kepada ku.

Tiada apa yang hendak ku perkatakan dalam tulisan ini. Ku mempunyai idea nak tulis artikel baru, tajuk pun dah ada (mencari kak ngah), namun xtahu macam mana nak olah idea ni. Kemungkinan besar aku tidak akan menulis tajuk ini.

Apa2 pun, selamat menempuh hari2 terakhir ramadhan ini dengan jayanya. Semoga kita sama2 memperoleh keampunan dan kemerdekaan dari api neraka. Dan selamat bercuti kepada mereka yang dapat cuti.

Kepada anak-anak siswazah kelantan yang akan pulang ke kampung halaman, dijemput hadir ke majlis AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2008 bersama YAB MENTERI BESAR KELANTAN, TG DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. Datang tau, jangan tak datang. Tarikh, masa dan tentatif program seperti yang tertera dalam kad diatas ye..

Damai ku rasakan di hati ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mendapat keredhaan Allah.

-ibnuahmad-

Sep 21, 2008

Menyusur Lebuh Raya........

21 Ramadhan, ku menaiki bas menyusuri lebuhraya utara selatan. Hampir separuh perjalanan ku xdapat melelapkan mata. Tak de keje yang hendak dibuat atas bas. Sekadar memerhatikan keadaan di sepanjang lebuhraya.

Di sepanjang perjalanan dapat dilihat betapa hebatnya ciptaan Maha Penguasa. Pokok2 tumbuh menghijau menghiasi sepanjang perjalananku.

Daku teringat akan kata2 Ust Kazim Elias yang mengtakan kenapa xtanam pokok buah-buahan disepanjang lebuh raya. Kebanyakkan pokok yang ditanam adalah pokok yang tak berbuah yang berfungsi untuk diambil kayu nya.

Dari segi pendapatan, mungkin penanaman pokok yang berteraskan kayu lebih menguntungkan berbanding dengan pokok buah2an, tetapi jika berlaku krisis makanan, kita yang teruk sebab kita bukan negara pengeluar makanan. Perlu diingat, manusia makan buahan, xmakan kayu.

Bila dirujuk kembali sirah, macam mana Nabi Yusuf menggunakan masa 7 tahun yang subur untuk mengumpulkan makanan untuk menghadapi 7 tahun musim kemarau. Pada masa itu Nabi Yusuf telah tahu bencana yang akan menimpa pada masa itu membolehkan baginda bersedia.

Namun kita pada zaman ini tidak mengetahui bencana yang akan mendatang dan kita sekarang tidak mengambil peluang pada masa yang aman ini untuk menghasilkan/mengeluarkan makanan yang banyak untuk kepentingan di masa yang tidak terduga. Negara kita sekarang banyak bergantung kepada negara luar untuk keperluan makanan negara.

Bayangkan jika berlaku peperangan atau bencana alam, adakah negara luar sanggup lagi untuk menghulurkan makanan pada kita?

Sewaktu hendak pergi solat terawih tadi, daku melihat ramai manusia sedang mengerumungi kedai kerepek, maklumlah raya dah dekat. Terfikir dalam diri, elok juga kalau kawasan lapang ditepi lubuh raya ditanam ubi kayu untuk memajukan industri kerepek Malaysia.

Kalau tanam pokok durian pun okey, selain boleh dijual, ia boleh juga digunakan sebagai penghadang angin di lebuh raya.

-ibnuahmad-