Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 28, 2008

Said bin Zaid

Nama lengkapnya Said bin Zaid bin Amr bin Nufail Al-Quraisyi Al-Adawi. Dipanggil Abu A’war. Dilahirkan di Mekah tahun 22 sebelum hijrah.

Said termasuk orang yang awal memeluk agama Islam dan dia adalah antara 10 orang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Said berkahwin dengan Fatimah binti Al Khattab, adik kepada Saidina Umar bin Al Khattab. Umar juga bernikah dengan adik perempuan Said, Atikah.

Peristiwa Saidina memeluk Islam berlaku di rumah Said. Saidina Umar mendengar Said dan isteri sedang membaca Al-Quran. Saidina Umar amat marah lalu memukul Said dan Fatimah. Apabila melihat Fatimah tercedera, Saidina Umar merasa kasihan lalu meminta lembaran Al Quran yang dibaca oleh Said. Pada awalnya Said enggan menyerahkannya tetapi akhirnya menyerahkannya. Hati Saidina Umar menjadi lembut apabila membaca ayat tersebut lalu pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk memeluk Islam.

Sebelum perang Badar, Rasulullah SAW menghantar Said menguruskan satu misi penting ke luar Madinah sehingga ia tidak ikut dalam perang tersebut. Oleh sebab perkara tersebut, Rasulullah SAW tetap memberinya bahagian dari hasil rampasan perang Badar. Selain perang Badar, Said tidak pernah ketinggalan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Said juga mengikuti dalam peperangan Yarmuk, pengepungan Kota Damaskus dan pembebasanya. Said juga pernah diangkat sebagai komandan perang di Kota Damaskus.

Said meninggal dunia di Al-Aqiq, sebuah daerah yang berhampiran dengan Kota Madinah pada tahun 51 H. Jasadnya dimakamkan di Kota Madinah.

-ibnuahmad-


Rujukan:
Syaikh Muhammad Sa’id Mursi, (2005), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur.

Saad bin Abi Waqas

Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.


Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.


Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 8)


Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.


Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.


Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.


Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.


Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.


Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.


-ibnuahmad-



Rujukan:

  1. Syaikh Muhammad Sa’id Mursi, (2005), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur.

Oct 25, 2008

Ihfazillah Ya Fazka

Ihfazillah Ya Fazka bermaksud peliharalah Allah, maka Allah akan memelihara kamu.

Kali pertama aku mendengar perkataan ini ialah ia tajuk bagi sebuah kitab. Pada 25 Syawal, aku mengikuti satu perbincangan mengenai Hadis ke 19 dalam dalam hadis 40.

Apa yang dimaksudkan dengan peliharalah ialah memelihara hukumNya, hakNya, perintahNya, laranganNya dengan cara mengerjakan dan meninggalkan sesuai dengan ketetapan syariat Islam.

Cara Allah memelihara manusia meliputi dua (2) perkara. Pertama Allah memelihara manusia dalam urusan hidupnya di dunia seperti memelihara kesihatannya, hartanya dan keluarganya dari suatu bahaya.

Kedua Allah memlihara manusia akan agamanya dan imannya daripada dinodai dan dikotori oleh segala yang haram hingga akhir hayatnya dan mati dalam iman.

Perkara ini berhubung dengan ketaqwaan manusia yang dikerjaan secara ikhlas kepada Allah. Keikhlasan meliputi intipati daripada semua amalan manusia.

Hadis ke 19 ini juga membincangkan tentang "mintalah kepada Allah. Meminta dan memohon adalah doa, doa adalah ibadat. Ibadat tidak boleh dilakukan melainkan kepada Allah daripada sekalian makhluknya.


Rujukan:
  1. Mustafa 'Abdul Rahman, (2008), Hadith 40 - Terjemahan dan Syarahan, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor.

-ibnuahmad-

Oct 24, 2008

Tudung: Perbualanku dengan Seorang Muslimat

Ini adalah antara dialog antara muslimat tersebut denganku. Aku menegurnya mengenai pemakaian tudung. Jawapannya adalah seperti berikut:


Muslimat wrote:

waalaikumussalam...

trima kasih atas teguran saudara...
tggujwb sesama muslim utk menegur sesama saudaranya....

tak tahu pulak pakaian sy xdisenangi...
atau dgn kata laen tidak menutup aurat...

terima kasih sgt ats teguran tu....
saudara mengklasifikasikan saya sebagai muslimat y bertudung labuh...

maafla saya katakan...
sy ni org y semmgnya kurg ilmu agama...

sy dgn jujurnya berkata y sy bkn bertudung labuh...

sy nk tye saudara la...
bertudung labuh...dgn y mnutup aurat...
maksudnya menutup melebihi paras dada...
xsama ke?

atau bertudung labuh itu br dikatakan menutup aurat...
ttp yang bertudung pendek tidak menutup aurat...mksudnya tudung pendek ttp melebihi paras dada...

sy xsuke membezakan antara 2 istilah ni...walaupon ade sesetengah y suke membezakan istilah tersebut....dan memndg serong pd org2 spt kami...

kami mghrpkan teguran bknnye pndgn negatif kpd kami...
pepon trima kasih pd saudara y sudi menegur

hya pendapat dr sy y semmgnya kekurgn ilmu agama...
hrp teguran dr sesiapa y ingin menegur...

syukran.....


ibnuahmad wrote:

Apa yg saya fahami, pemakaian tudung wajib melepasi paras dada, paras bahu. Mcm yg awak pakai masa mula2 saya kenal awak dulu, bg saya pada masa tu dah ok, dh saya anggap sebagai tudung labuh.

Apa yang saya anggap labuh, xla labuh sampai ke lutut. Kalau labuh macam tu lagi ok.

sesuai dengan firman Allah dalam surah surah al ahzab ayat 59 yng bmaksud

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Saya tegur awak sebab saya tengok sejak akhir2 ni tudung awak xmelepasi tahap yang sepatutnya. (pada pandangan saya)

Sekadar menegur (tanggungjawab seorang mukmin), berkongsi ilmu, pendapat. Saya juga bukan ahli dalam bidang ini. Minta tunjuk ajar.

Oct 22, 2008

Permata yang Dicari

Sengaja memilih tajuk ini (tajuk lagu kump Dehearty), sekadar perkongsian apa yang terpendam. Rangkap pertama lagu kump ini adalah seperti berikut:

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Namun bagiku, hadirnya telah ku sedari. Apa yang diharapkan, ia berkekalan, sebagai kekuatan kepada ku, dalam mendepani arus yang penuh dengan pelbagai onak duri, suka duka. Aku juga mengharapkan kehadirannya tidak melalaikan ku.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tangannya”.


Pada pandangan ku, dia sudah sempurna dari segi agamanya, kecantikannya, keturunannya, dan hartanya. Apa yang aku mahukan, apa yang aku inginkan, sudah mencukupi pada pandangan mataku. Ku akhiri dengan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,


“Tepatlah panduan syariat kebangsawanan, hartawanan dan rupawan hanyalah nilaian. Sesungguhnya kekayaan pada lapangnya hati, rupawan pada indahnya budi, kebangsawanan pada kerendahan diri yang sering sujud di telapak Illahi, apabila pilihan lantaran agama, kekal setia buat selamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Akhir kata, ku ucapkan selamat lahir kepada semua sahabatku yang dilahirkan pada bulan ini. Lagu ini ditujukan khas untuk semua. Khasnya untuk..........


-ibnuahmad-

Saujana - Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria, Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai, Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan, Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu, Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku, Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir, Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya, Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Oct 20, 2008

Sifat-sifat Orang Bertaqwa (Tafsir Surah Ali Imran: 139-141)

Ayat 139

  1. Janganlah kamu berasa lemah untuk berperang dan melengkapkan diri disebabkan oleh kecederaan dan kegagalan kamu dalam Perang Uhud.
  2. Janganlah kamu menjadi sedih dengan adanya beberapa orang yang meninggal pada Perang Uhud.
  3. Tidak wajar bagi umat Islam berasa hina dan berduka cita padahal kedudukan umat Islam daripada golongan kafir jika kamu benar-benar beriman.
  4. Tujuan orang kafir berperang adalah untuk perkara dunia (harta benda, kemegahan, membalas dendam dll)
  5. Kita dilarang bersedih dengan kejadian sedih (kekalahan, kematian dll) yang telah berlaku kerana ia boleh melemahkan semangat umat islam.
  6. Kita hendaklah sentiasa bersedia dalam berhadapan golongan kuffar dalam menegakkan agama Islam yang tercinta.
  7. Khabar gembira bagi orang-orang beriman bahawa kemenangan akan tiba di kemudian hari.


Ayat 140

  1. Umat Islam tidak boleh berhenti daripada berjihad kerana tiada alasan untuk berhenti berjihad. Jika umat Islam pernah terluka/tewas di medan Uhud, orang kafir juga pernah terluka/tewas di medan Badar, tetapi mereka tetap memerangi umat islam.
  2. Allah mempergilirkan peristiwa kemenangan dan kekalahan agar manusia mendapat pelajaran dan Allah membezakan orang-orang yang beriman dengan orang kafir/munafik. Dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian umat Islam yang syahid. Allah tidak mengurniakan syahid kepada orang-orang yang zalim.


Ayat 141

  1. Allah mempergilirkan peristiwa kemenangan dan kekalahan adalah untuk membersihkan kekotoran yang terdapat pada hati mukmin yang lemah supaya mereka berjiwa ikhlas tanpa dipengaruhi kekotoran noda sedikit pun.
  2. Hati orang kafir telah diserang perasaaan putus asa, harapan mereka mulai hilang sehingga mereka tidak bersemangat lagi. Mereka hanya terdaya untuk muncul apabila keadilan dan kebenaransudah tidak ada lagi untuk melawan dan memerangi kebatilan mereka.


Rujukan:

  1. Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, (2001), Tafsir Al-Maraghiy, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
  2. Fahd bin Abdul Aziz Al Su’ud, (1418H), Al Quran dan Terjemahannya, Quran Complex, Medinah.

-ibnuahmad-

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan

Berita muka surat depan Berita Hairan hari ini, "Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan" menarik minatku untuk membacanya.

Baca berita penuh di: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081020234948/Article/index_html

Namun apa yang terkandung di dalamnya menurut apa ku fahami, Sultan murka kepada kerajaan BN persekutuan kerana melambatkan projek-projek Mega di negeri Kelantan. Antaranya kampus UMK dan projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke2 serta ECER yang tak menampakkan perkembangan lagi.

Kerajaan negeri telah mengusahakan projek pelabuhan (tidak tersenarai dalam ECER) yang mana bakal membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat.

Kenapakah kerajaan BN tidak memasukkan projek pelabuhan ke dalam ECER?
  1. Kerajaan tak nampak akan kepentingannya
  2. Kerajaan sengaja menyusahkan rakyat Kelantan.
  3. Sebab Kelantan ditadbir oleh PAS.
  4. Kerajaan BN tak pandai berfikir (kalau dalam bahasa Kelantannya "bodo"@bodoh)
  5. Lain-lain jawapan yang boleh difikirkan patut.
Fikirlah perkara sebenarnya disebaliknya apa yang berlaku. Yang pasti kebatilan akan dikalahkan oleh kebenaran. Islam pasti akan menang.

-ibnuahmad-

Oct 19, 2008

Jangan Merungut

Satu program telah dirancang dengan teliti, taklimat yang mantap telah diberikan dan ia telah dilancarkan oleh AJK program dengan gilang gemilang. Namun ia tidak mendapat sambutan terutamanya daripada sahabat-sahabat seangkatan.

Bagaimanakah perasaan AJK program pada masa tersebut? Marah, kecewa, tak puas hati dan lain-lain perasaan mula timbul.

Pada masa tersebut, muncullah kata-kata yang tajam lagi berbisa, 'sms' yang menempelak ketidak hadiran sahabat-sahabat ke program dan macam-macam perkataan lagi akan terkeluar. Pada masa tersebut seolah-olah tiada lagi kebaikan yang ada pada sahabat ini, semuanya buruk belaka.

Di atas satu kesalahan, semua perkara baik yang lepas dilupakan, tidak dikenang lagi. Hanya kesalahan yang satu ini selalu disebut-sebut, diulang-ulang.

"Baca bab jihad konon, program pun tak pergi", itulah kata-kata yang pernah kedengaran. Membaca pun dah jadi kesalahan disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu program.

Kadang-kadang terasa kelakar juga. Aku tidak pandai bermadah, aku juga tak pandai berpujangga.

DUK SAJA, BERDOSA. Satu catatan peribadi.

-ibnuahmad-

Oct 15, 2008

Jadikan Solat sebagai Teman Hidup Anda


Permasalahan

Permasalahan yang sering timbul dikalangan manusia ialah tekanan perasaan. Ia adalah disebabkan beberapa perkara yang berkaitan dengan individu itu sendiri atau keadaan persekitaran individu tersebut. Contohnya bebenan kerja, masalah kewangan, hubungan kekeluargaan, kematian dan lain-lain lagi.


Jalan yang Diambil.

Biasanya kita akan mengambil jalan-jalan untuk menghilangkan atau mengurangkan tekananannya. Antaranya:
  • Mengadu kepada mak ayah.
  • Mengadu kepada kawan-kawan.
  • Telefon/sms.
  • Menjerit sekuat hati.
  • Tidur.
  • Memandu kenderaan laju/bersendirian.
  • Mengadap komputer (internet/game).
  • Berjalan, merenung ciptaan Tuhan.
  • Makan, makan, makan.
  • Menangis (terutamanya perempuan)
  • DLL.

Teman Solat

Aku teringat seorang ustaz menceritakan bahawa Rasulullah SAW yang sentiasa menjadikan solat sebagai teman rapatnya. Apabila sedih/berduka, Nabi akan bersolat, apabila bergembira, Nabi akan bersolat. Nabi SAW sentiasa menjadikan solat sebagai temannya.

Apa yang aku fikirkan, kita juga sepatutnya menjadikan solat sebagai teman hidup kita takkala senang ataupun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Dengan bersolat, ia dapat menenangkan fikiran takkala kita sedang berduka. Ia dapat melahirkan rasa kesyukuran apabila kita sedang bergembira. Ia dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah, hubungan seorang hamba dengan Maha Pencipta.


Di Akhirat Kelak.

Di akhirat kelak, sebelum mahkamah memulakan perbicaraan, manusia akan berhadapan dengan keadaan yang sangat haus. Di akhirat terdapat sebuah telaga yang bernama Kausar. Barangsiapa yang berjaya meminum air di dalam telaga itu, maka perjalanannya diakhirat selepas ini akan selamat dan begitulah sebaliknya.

Manusia pada masa itu akan berbondong-bondong menghampiri telaga Kausar untuk meminum airnya. Namum ia dihalang oleh malaikat yang bertugas mengawal kawasan tersebut. Pada masa tersebut, Nabi SAW akan memanggil ummatnya untuk meminum air telaga Kausar.

Bagaimanakah Nabi akan mengenali ummatnya?

Nabi mengenali ummatnya dengan terpancarnya cahaya dari anggota wudhuk. Beruntunglah manusia yang banyak berwudhuk dan menjadikan solat sebagai teman rapatnya di dunia. Di akhirat ia akan dapat minum air dari telaga Kausar yang mana ia menjamin perjalanannya yang masih jauh di akhirat.


Rujukan
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Harakah, Kuala Lumpur.

-ibnuahmad-

Oct 12, 2008

Colek Pauh


Oct 10, 2008

Omong Kosong

Dalam suasana politik negara yang agak kelam kabut sejak akhir2 ini, aku malas nak jadi penganalisis politik. Namun begitu aku tetap mengikuti perkembangan semasa politik tanah air ku ini.

16 September, isu yang hangat diperkatakan sebelum ini dah semakin pudar di bibir rakyat. Yang bermain di perbualan masyarakat sekarang ini ialah tentang UMNO. Isu pergolakan dalam UMNO, pengunduran Pak Lah daripada jawatan tertinggi parti, mesyuarat bahagian dan banyak lagi.

Perkara inilah yang bermain di dalam masyarakat sekarang ini, setiap dari anggota masyarakat mempunyai pendapat sendiri dalam hal ini. Masing2 dah jadi penganalisis politik.

Bercakap pasal pemilihan UMNO, jauh dilubuk hatiku berharap Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk jawatan presiden. Namun Muhyiddin hanya menawarkan diri sebagai timb presiden. Mungkin beliau dapat membawa halatuju politik Najib tak lama atau dia mempunyai alasan yang lain.

Baru hendak menyaksikan pertempuran hebat Mac ini, namun ianya tak jadi.


-ibnuahmad-

Oct 8, 2008

Dalam Kemeriahan, Ada Juga Dukanya

Dalam kemeriahan menyambut idulfitri, banyak juga peristiwa duka yang menyayat hati. Ada yang berjaya menempuhnya dengan sabar dan tabah. Ada juga yang gagal dalam menghadapi dugaan ini.

"Kesyukuran dalam kemeriahan", inilah tema yang digunakan dalam TV3 dalam menyambut suasana hari raya. Namun apa yang dihidangkan kepada penonton tidak mengambarkan lansung tanda-tanda kesyukuran kepada Allah. Yang ada hanyalah hiburan yang melampau, filem-filem kemaksiatan dan banyak lagi yang tidak mencerminkan kita ini umat Islam.

Hari Raya yang disambut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas limpah dan kurnianya dapat kita menghadapi segala halangan dan cobaan sepanjang menempuh bulan ramadan. Kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kekuatan kepada manusia untuk berpuasa dan beramal disepanjang bulan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Dalam kemeriahan, ada juga dukanya. Dua orang sahabatku telah telah kehilangan ayahanda yang tercinta. Ayah Rini Liana telah pergi mengadap ilahi pada 4 Syawal dan ayah kepada Fadli Dzul Hilmi pada 7 Syawal yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kepada kedua sahabatku ini agar dapat menghadapinya dengan tabah. Al Fatihah.

Apa yang pasti, aku dan sesiapa yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sejauh manakah kita telah bersedia dalam menghadapinya?

-ibnuahmad-

Oct 7, 2008

10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Bila ditanya berapakah rukun solat dan cuba senaraikannya, ramai juga yang tidak mampu menyenaraikan sepenuhnya atau dengan betul. Aku sendiri pun kadang-kadang terlupa. Maklumlah manusia. Tu belum tanya lagi rukun puasa ada berapa?

Pernah dulu ada sahabat yang buat soalan kuiz mengejut. Ditanya siapakah Mursyidul Ikwan Muslimin yang ke2, menurut makluman penganjur, hanya dua orang je yang betul daripada lebih kurang 50 orang peserta.

Kekurangan ilmu, lemahnya daya ingatan, malasnya nak pergi ke kuliah agama apatah lagi membaca buku antara faktor terjadinya perkara ini.

Dalam lebih kurang tiga bulan yang lepas, aku membaca buku mengenai 10
sahabat yang dijamin syurga. Tapi bila cuba diingat balik riwayat 10 sahabat ini, dah tak ingat dah. Nak senaraikan nama 10 sahabat ini pun dah tergagap-gagap.

Disini aku senaraikan nama 10 orang sahabat yang dijamin syurga. Riwayat hidup boleh cari sendirilah. Kat internet ka, kat buku ka. Itu pun kalau rajin. Moga sama-samalah menjadi rajin untuk mencari ilmu.

  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.- Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. - Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. - Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. - Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a. -Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a. - Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a. - Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. -Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a. -Orang Kepercayaan Ummat Ini
  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a. - Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih


Sumber Rujukan:

Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait

-ibnuahmad-

Oct 5, 2008

Sultan Muhammad Al Fateh

Alhamdulillah, pada 29 Ramadan yang lepas saya sempat membeli novel sejarawan islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh - Penakluk Konstantinopel. Saya sempat menghabiskan pembacaan buku tersebut pada hari yang sama walaupun ada sahabat saya yang mengatakan saya ni jenis pengumpul buku, bukan pembaca bukan.

Dalam buku ini mengisahkan riwayat hidup Sultan Muhammad Al Fateh dan usahanya dalam menawan Kota Konstantinopel yang merupakan suatu tempat yang strategik yang dikuasai oleh Kerajaan Rom. Kota ini telah cuba ditakluk sejak Zaman Khalifah Arrasyidin dan hanya berjaya ditakluk pada zamannya iaitu di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, Kota Konstantinopel akan berjaya ditakluk oleh Raja yang baik, tenteranya yang baik dan rakyanya yang baik.

Hadis ini hanya terbukti selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah.

Dalam novel ini diceritakan bagaimana usaha Sultan Muhammad dalam membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang raja yang baik yang membentuk tentera dan rakyatnya menjadi baik, strategi politik dan ketenteraannya, hubungannya dengan pencipta dan cabaran serta dugaan yang dihadapi dalam proses penaklukan Kota Konstantinopel.

Akhirnya kota ini jatuh ketangan ummat Islam selepas pertempuran selama 53 hari. Suasana debaran menanti memang terasa apabila membaca novel ini. Satu pasukan tentera yang baik diuji oleh Allah dengan mengambil masa yang begitu lama unutk menakluk sebuah kota.

Setelah berjaya menaklukinya, Sultan Muhammad telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambul (Islam sepenuhnya). Al fateh yang bermaksud Sang Penakluk adalah gelaran yang diberikan kepada Sultan Muhammad.

Sultan Muhammad Al Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 akibat diracun oleh seorang munafik. Al Fatihah.

-ibnuahmad-