Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Mar 28, 2009

Aku yang Cerewet

Terus terang aku katakan, aku tak suka orang yang PEMALAS. Raja malas. Terasa amat panas dalam diri bila berhadapan dengan makhluk ini.

Kita selalu bercakap pasal jihad. Bercakap mengenai HAMAS. Bercakap mengenai Khalid Masy'al. Tetapi bila diajak bergotong royang kemas rumah, masing-masing menyembunyikan diri dalam bilik. Kononnya sibuk, banyak kerja.

Kita selalu bercakap mengenai membina organisasi yang tersusun kukuh. Kita selalu menghuraikan firman Allah dalam surah as saff ayat ke 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Tetapi benda yang paling ringan pun tidak dilakukan. Parking motor pun bercelaru. Selipar pun tak pernah susun. Adakah kita terlalu hipokrit ataupun hanya suka bermain dengan teori. Idealistik.

Kita selalu meminta meminta ahli di bawah kita supaya patuh pada arahan kita. Sentiasa menghadiri program yang kita aturkan. Tetapi pimpinan tak nak dengar apa yang ahli katakan. Sekadar melemparkan satu senyuman dan terus beredar, masuk ke bilik mengadap komputer untuk mendengar ceramah ataupun meng'edit' blog.

Kita selalu berkehendakkan orang lain menyediakan pelbagai kemudahan pada kita. Menyediakan makanan, mengemas rumah untuk kita. Namun kita tak pernah rasa nak tolong orang lain. Ukhwah yang dibina atas satu dasar fikrah adalah penipu semata-mata. Tiada kerjasama. Tak pernah ingin merasa susah bersama.

Apa yang kita ada sekarang. Cakap yang berapi-api. Teori yang menggunung tinggi. Tetapi malas yang merajai diri. Semua kerja tak menjadi. Mengharap bulan jatuh ke bumi, tetapi hanya keris yang menghiris hati. Dacing diri sudah senget, tidak seimbang lagi.

Aku lebih suka orang yang macam sahabatku, Arip yang tak banyak bercakap daripada orang yang cakap berapi-api dan terlalu banyak teori, tetapi apa pun tak de.

Aku tak seperti Faisal dan Pali. Penyabar. Aku ini agak cerewet bila berhadapan dengan si pemalas. Mohon maaf sebab menggunakan bahasa yang agak kasar.


-ibnuahmad-

3 comments:

Ibnu Ahmad said...

Tegur menegur amat baik baik Islam. Setakat ni saya tak pernah tidak menerima teguran orang.

Mengenai menghantar komen dalam harakah ataupun berita hairan, ia adalah bergantung kepada keadaan. Perlu melihat sasaran dakwah kita yang sebenarnya. Jika sasaran dakwah yang kecil, tidak perlu untuk seluruh negara tahu. Apapun, try buat yang terbaik.

Subuh 7.30, tak tahu la anta tuju kat siapa. Tapi bukan setakat subuh jer yang kena awal, semua solat lain juga perlu diawalkan. Yang penting, ada niat dan usaha untuk berubah.

Merindui dunia lama. Adakah ia sebenar2 rindu ataupun sekadar ingin melepaskan diri. Hidup perlu dihadapi dengan penuh tanggungjawab. T.jwb pada agama, masyarakat, ibuayah, keluarga dan persekitaran.

Apa yang penting, menasihati bukan menyerang. Bil hikmah.

Qatrunnur said...

salam..
seorang pimpinan perlu berlapang dada dgn setiap ape yg org bawahan cuba sampaikan..siasat dulu,fahami dulu apa yg ingin disampaikan..fikir positif..tentu ade sebab ahli bawahan bersuara..
dan..
seorang ahli yg meletakkan taat itu pertama pada pimpinan, memg ad hak intuk menegur dan bersuara..
tetapi..
ape salahnye pilih jalan yg lebih baik..flow yg lebih berhikmah..
pimpinan tetap seorg insan..kite perlu bg peluang..jgn nampak macam lebih suka hndak menghentam dari memperbaiki..
jadi..
kesimpulannyer..
jangan EMOSI..
jgn tegur atau sampaikan sesuatu dalam keadaan ada rasa MARAH dalam diri..
bila marah menguasai,percayalah yg benar mmpu diatasi oleh yg batil..
ana baca kalian tulis dan berbalas pndgn macam ni..ana faham..
semua org pun pernah ad pengalaman macam ni..
tapi ingat..
jgn la sampai semua org boleh tau dan timbul fitnah..
apapun..
minta maaf jugak sebab bg pngdn kat sini..
jgn besarkan bnda yg boleh jadi besar yg menyusahkan..
take it easy guys=)

Mohd Ariff Bin Azman said...

Takbeeeeerrrr!!!