Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Mar 21, 2009

Tentang Hati

Hati. Perasaan. Sukar diramal dan dikawal.

Perasaan hati yang sering diganggu oleh nafsu dan syaitan menyebabkan manusia sentiasa terdorong melakukan kejahatan. Peningkatan usia yang semakin dewasa menjadikan lonjatan kejahatan semakin memuncak di dalam diri. Manusia yang memiliki hati perlu bermujahadah sebenar-benar mujahadah bagi memerangi sentimen kejahatan dalam diri. Semakin tinggi keilmuan (agama) yang ada di dalam diri manusia, semakin besar dugaan yang datang mencabar keimanan manusia.

"Ustaz, ana amat terharu dengan ustaz. Ustaz sudah terlalu banyak menyusahkan diri-sendiri untuk menolong ana. Ana tak tahu macam mana nak ucap rasa terharu ana atas pertolongan ustaz. Kata-kata ana ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dalam hati ana. Terima kasih ustaz."

Manusia. Hatinya sentiasa berbolak balik. Apabila manusia banyak ditolong oleh seseorang, ia akan melahirkan rasa terharu. Perasaan terharu menyebabkan manusia yang ditolong akan memberi pujian kepada yang ditolong. Namun apabila pujian belaku berulang kali dan berlebih-lebihan, ia mampu mengundang kepada permasalahan hati. Pertolongan yang bermula dengan hati yang ikhlas pada awalnya mungkin boleh berubah di atas pujian dan sanjungan yang "over". Campurtangan syaitan dan nafsu yang memungkinkan lahirnya sifat-sifat mazmumah yang terkeji (bangga diri, riak, dll). Ini semua akan merosakkan hati. Merosakkan kecintaan hamba pada Maha Pencipta.


Tik. Tik. 1 messege recieved.

Jangan bersedih. Ku bangga lihatmu derita dalam perjungan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari lihat tawamu kerana pengkhianatan. Ku bangga andai engkau syahid dari hidupmu tanpa Islam. Ku bangga kita sama-sama mewarisi kepayahan rasul-rasul untuk kejayaan ISLAM.

Reply messege.


"Ustaz ada masalah ke? Ana tak suka "messege" macam ni. Kita kan sama-sama dah janji nak jaga hati."

Tekedu seketika. "Garang juga ustazah ni". Namun bila direnung kembali, tersenyum sendirian. "Betul juga, aku dah lakukan kesalahan. Alhamdulillah dikurniakan srikandi. Penyejuk di mata, penawar di hati."

Rasionalnya. Nasihat menasihati, ingat mengingati adalah suatu perkara yang baik dalam Islam. Berlaku kekhuatiran jika perkara ini berlaku secara berterusan. Terutamanya antara lelaki dan perempuan. Dorongan nafsu ditambah dengan godaan syaitan yang tak kenal letih dan jemu. Bimbang. Bimbang terjadinya perkara yang merosakkan hati, melalaikan diri, menggugat keimanan di hati.

Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya ilahi.


-ibnuahmad-

1 comment:

Anonymous said...

kalau jaga hati....

Contohnya, jaga Hati Mak Ayah. Maka kita kadang berlakon untuk "menjaga" hati dan perasaaan mereka.

Jaga Hati seorang sahabat, kita terpaksa mengalah dalam banyak Hal kerana Hendak Menjaga Hati.
___________________________________
Itu Legasi Menjaga HUBUNGAN Hablum' minan' Nas"

------------
Lebih menarik, fitrah alam ini. Ada Manusia yang jenis Nak Jaga Hati Dia semata-mata. Teruk juga jika kita ni Hanya Nak jaga hati kita semata-mata..... Jenis yang berkata "Lantak lah apa orang nak kata, janji aku rasa Aku Betul". Ini Lagi masalah dari yang pertama Tadi. Sikap ini akan melahirkan penyakit hati lain sehinggakan Timbul penyakit Ego dan Tidak mahu menerima pendapat orang lain bahkan susah untuk merendah diri dalam bermuamalat sesama manusia.

__________________________

Kadang-kadang, Akibat Nak Jaga Hati Manusia ni, Kita Terlupa- atau barang kali terlajak untuk menjaga "HATI" Tuan Empunya Kita, ALLAH s.w.t.

Sampai hati kita melakukan dosa-dosa dan berterusan dalam keadaan Allah Sentiasa Memberi Apa Sahaja Kebaikan Kepada Kita Sejak kita dari setitis Mani, menjadi Manusia Dewasa..

Sampainya Hati kita buat macam ni Kepada Allah yang sangat sangat "Baik" kepada kita.