Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Apr 25, 2009

Mencorak dan Menterjemahkan Pemikiran, Melahirkan Penulisan

Penulisan, suatu bidang yang amat mencabar. Memerlukan pemikiran yang kuat. Semangat yang kuat bagi meneneruskan kesinambungan bidang ini. Kalau tidak, ia akan menjadi sekerat jalan. Bak kata pepatah melayu, "hangat-hangat tahi ayam".

Bagi mencorak dan menterjemahkan pemikiran, ia memerlukan individu yang bermaklumat dan berilmu. Bagi mendapatkan maklumat dan ilmu, perkara yang perlu diutamakan ialah kepekaan dengan isu semasa. Selain itu perlu menambahkan ilmu pengetahuan sama ada dengan pembacaan ilmu, menghadiri dan mendengar kuliah, diskusi, perbincangan dan usrah.

Ilmu juga boleh diperolehi dengan pengalaman. Pengalaman merupakan suatu yang amat berharga dan berguna dalam kehidupan seseorang. Pengalaman juga boleh diambil dari orang lain melalui penceritaan dan perkongsian pengalaman.

Ilmu dan pengalaman yang ditimba akan membentuk dan menghasilkan corak pemikiran seseorang. Pemikiran tersebut perlu disesuaikan dengan keadaan persekitaran, keadaan masyarakat dan sasaran dakwah. Kualiti penulisan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi tuntutan dakwah semasa.

Penulisan tidak boleh dipisahkan dengan tuntutan mencari ilmu. Dengan ilmu manusia akan berfikir. Manusia akan membebani pemikiranya untuk kesejahteraan sejagat. Dengan ilmu akan mewujudkan kesedaran. Kewujudan kesedaran akan melahirkan kemahuan. Kemahuan akan menghasilkan tindakan. Tindakan dakwah. Tindakan membentuk individu Islam. Keluarga Islam. Masyarakat Islam. Negara Islam. Khilafah Islam.

Bersegeralah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Surah At-Taubah: 41


-ibnuahmad-

No comments: