- Ada yang hebat yang memperjuangkan Islam. Selalu kedepan apabila ada isu-isu Islam diperlekehkan. Mengemukan idea-idea yang bernas untuk menjayakan dakwah Islam. Namun dia gagal menguruskan diri sendiri. Dia gagal menguruskan kewangannya, keluarganya, kebersihannya, kemasyarakatannya, akademiknya. Sedangkan semua itu amat dituntut dalam Islam.
- Ada yang kuat bekerja untuk Islam. Kuat mencari dana untuk Islam, hebat mengedarkan risalah-risalah dakwah. Tetapi ia gagal dalam amal ibadatnya. Solat wajibnya selalu lewat. Amalan sunat jarang dilakukan.
- Ada juga pejuang Islam yang hebat dalam ibadatnya. Setiap hari dipenuhi amalan sunat dengan tidak dilalaikan amalan wajib. Namun ia tewas dengan wanita. Wanita menyebabkan hatinya senantiasa gundah gulana. Sentiasa berusaha untuk menghubunginya. Ada saja perkara yang hendak dibincangkannya.
- Ada juga pejuang Islam yang terlalu prejudis pada sahabat-sahabatnya. Mula bersangka buruk apabila idea dan pendapatnya ditolak. Merasa diri di anak tirikan. Sedangkan sesuatu perkara yang dibuat telahpun dibuat mesyuarat dan perbincangan. Mengambil kira pendapat semua. Mempertimbangkan pro dan kontranya.
- Merasakan diri terlalu mulia. Mahu pendapatnya sentiasa dijulang dan diterima orang.
- Terlalu memikirkan tentang orang lain. Bimbang orang lain gugur dalam medan perjuangan. Tetapi tidak berfikir mengenai diri sendiri. Tidak usaha untuk diri sendiri. Merasakan diri "tidak akan kecundang" dalam arus ini. Merasa diri terlalu hebat.
- Emosi. Asyik melihat dan mengatakan orang lain beremosi. Tetapi apabila semua merenung kembali, dialah yang beremosi. Terlalu emosi.
- Ego. Keras kepala. Tidak menerima pendapat orang lain.
-ibnuahmad-
2 comments:
Salam..
berbeza manusia ni..sebab tu la pelbagai jenis insan dalam alam dakwah sekali pun..
moga jemaah membentuk keperibadian dan kepimpinan yang terpuji,seiring dengan sunnah Rasulullah..
Bersangka baik, tingkatkan ukhuwwah dan mantapkan usrah, insyaallah masalah hati dapat diatasi.
Post a Comment