Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Sep 4, 2008

Ciri-Ciri Masjid Munafik – Dari Sirah Nabawiyyah

Gambar Hiasan

Suasana tekanan yang semakin memuncak, berita tentera Rom Timur (Kerajaan Bizantin) akan menyerang Negara Islam Madinah telah diterima. Rasulullah telahpun menyediakan angkatan perang untuk memerangi mereka di Tabuk.

Dalam suasana kekalutan ini, terdapat satu golongan munafik (diketui oleh Abu ’Amir Al Rahib) merancang untuk melambatkan pergerakan tentera Islam ke medan jihad. Kumpulan ini telah mendirikan masjid berhampiran dengan masjid Quba’. Ciri-ciri masjid ini ialah boleh bernaung daripada panas, tahan daripada kesejukkan dan rekabentuknya cantik. Pembinaan masjid ini adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dan juga sebagai tempat pengintipan bagi tentera Rom Timur. Masjid ini dikenali sebagai MASJID DHIRAR.

Pembinaannya sebelum bertolaknya tentera Islam ke Tabuk. Golongan munafik telah datang menemui Rasulullah agar baginda datang bersembahyang dalam masjid mereka. Tujuannya dengan itu adalah untuk dijadikan hujjah mengatakan masjid itu diakui oleh Rasullah. Rasulullah tidak melayan permintaan mereka disebabkan kesibukkan persiapan perang.

Dalam peperangan Tabuk, tentera Islam mencapai kejayaan yang gemilang dengan tidak menghadapi sebarang tentangan dan tentera musyrikin telah berundur berselerak.

Dalam perjalanan pulang dari medan Tabuk, turunlah firman Allah dalam surah Al Taubah: 107 yang bermaksud:

“Dan (di antara munafikin itu) ada orang-orang yang membina masjid dengan tujuan kemudahratan, kufur dan memecahkan umat islam dan juga (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu dan mereka bersumpah dengan berkata “sebenarnya apa yang kami buat adalah tujuan yang baik”, dan Allah menjadi saksi bahawa mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Maka baginda telah mengarah tentera Islam untuk merobohkan masjid dhirar ini kerana ia bertujuan untuk menjahanamkan umat Islam..


Pengajaran daripada Masjid Dhirar.

Langkah yang berhati-hati perlu diambil terhadap golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam. Golongan munafik bukan sahaja wujud di zaman Rasulullah bahkan terus berkembang pada zaman ini. Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka.

Pembinaan masjid yang canggih, cantik, menarik tidak bermakna disisi Allah jika niatnya salah. Masjid dibina sebagai tempat untuk beribadah, untuk menghambakan diri pada Allah. Ia bukan tempat untuk melakukan perkara maksiat, bukan sebagai tempat perlancongan, bukan untuk bermegah-megah. Semuanya bergantung pada niat kita. Sabda Rasullulah yang bermaksud “Setiap amalan bermula dengan niat dan ia mendapat apa-apa yang diniatnya”.

Sifat golongan munafik ialah tetap bersifat pengecut, penipu yang terkeji, takut dan menjauhkan diri dari cahaya dan nur tetapi gemar sekali membuat hubungan dengan kegelapan yang menyesatkan.

Merekalah yang menyembah kaki penjajah untuk mendapatkan tektik dan teknik bagi menghancurkan umat Islam. Mereka dengan manis muka kononya menyatakan sebagai pembela Islam tetapi sebenarnya palsu dan pura-pura. Hakikatnya mereka bertindak kejam untuk menjerut umat Islam, menjerut leher pejuang-pejuang Islam yang ingin menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Renungkanlah, ratapilah, fikirkanlah sejenak betapa banyaknya masjid yang dibina tanpa dasar ketakwaan kepada Allah.

-ibnuahmad-


Rujukan
  1. Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah – Dari Sirah Nabawiyyah Siri 3, Kuala Lumpur.
  2. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, (2001), Fiqh Al-Sirah 3, Shah Alam, Selangor.
  3. Tafsir Al-Quran.
  4. Mustafa `Abdul Rahman, (2008), Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam, Selangor.

Sep 2, 2008

Jikalu Semua Manusia Itu Sama


Tiba-tiba muncul persoalan dalam diriku, kan senang kalau semua manusia itu sama. Perkara ini muncul apabila ada sahabat yang mempersoalkan blogger muda ini yang mempunyai masa untuk menulis blog, tapi tiada masa untuk berdakwah, belajar, usrah dll.

Daku tidak pasti apa yang difikirkan nya.

Bagi ku, bidang penulisan adalah suatu bidang yang amat penting dalam dunia dakwah. Menulis di dalam blog adalah suatu permulaan bagi ku untuk dalam bidang penulisan. Ia adalah sebagai hobi untuk memenuhi masa lapangku. Daripada daku melakukan perkara lain yang tidak berfaedah, baik ku menulis.

Jikalau semua manusia sama, sudah pasti manusia itu sependapat, tiada berlaku peperangan, tiada sengketa, namun Allah maha besar, Allah maha mengetahui. Allah berkehendakkan penciptaan manusia yang berbeza. Ada hikmah yang disebaliknya.

Orang yang tak minat main bola, dia akan mempertikaikan betapa bodohnya berebut bola sebiji di tengah2 padang.

Orang yang tak minat main golf, dia akan mempetikaikannya, bodohnya, pukul bola, lepas tu pergi tengok pula, lepas tu pukul lagi.

Orang yang tak minat menulis blog, dia akan mempertikaikanya.............itulah pendapatku.

Kadang2 kita terlalu keras kepala, tak mahu dengar penjelasan orang lain, pendapat orang lain, asyik syok dengan pendapat sendiri.

Selamilah hati orang lain, selamilah keadaan orang lain. Minda tidak akan berkembang jika asyik berkeras dengan diri sendiri.

-ibnuahmad-

Fenomena Ramadhan


Bila tibanya bulan Ramadhan, fenomena yang biasa berlaku yang dapat ku perhatikan, antaranya:

Hanset akan berbunyi, sms akan diterima menandakan bulan Ramadhan tiba, macam2 la jenisnya, macam2 la ragam nya, ada yang bergambar masjid, ada yang bulan mengambang, ada yang berpantun, ada yang memberi nasihat dan macam2 ragam lagi.

Emel juga akan dipenuhi dengan emel2 dari sahabat mengenai bulan ramadhan, panjang2 pula tu, letih juga nak baca.

Bazar ramadhan pun tumbuh dengan banyaknya, orangnya juga ramai, bermacam ragam gayanya, ada yang sopan, ramai lagi yang seksa, teruknya dunia zaman ini... Bukan sahaja remaja yang teruk, yang tua pun teruk juga.. Lambat lagi kot nak mati.

Pada awal ramadhan, masjid/surau/balaisoff pun penuh, namun ia makin berkurang apabila ramadhan semakin menghampiri syawal. Kehadiran ke masjid adalah berkadar sonsang dengan bilangan hari bulan ramadhan.

Kedai perabot, supermarket, gedung pakaian dll mula la mengadakan promosi. Macam2, 10%, 20%, 50%, 70%. Walaupun barangan ada potongan harga, namun ianya tetap mahal...huhuhu

Artis2 mula galak mengeluarkan album hari raya, rakaman2 mula dibuat untuk tatapan umum apabila tiba hari raya nanti. Artis katakan, kadang2 rasa menyampah juga...

Bila ku renung kembali, susah juga nak menghayati bulan ramadhan ni, nak tingkatkan amalan, nak tingkatkan hubungan dengan ALLAH, manusia, nak latih diri untuk bersabar.

Namun apa yang ku rasakan, hatiku tenang apabila tiba bulan ramadhan, inilah kelebihan yang ALLAH bagi pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Apa yang penting, penghayatan Ramadhan.

Ya Allah, berikanlah daku kekuatan.
Sahabat, bimbinglah daku agar tidak tersesat, agar tidak terleka.
Daku menyayangi mu semua....

-ibnuahmad-

Aug 31, 2008

Tension

Tension, itulah yang aku hadapi sekarang, dengan bebanan dunia yang memeningkan kepala.

Mengharapkan sahabat untuk membantu, namun perkataan indah hanya terjadi dalam program sahaja, realitinya hanya 2, 3 (jeme, zupi, pali, zuhdi, amir) orang sahaja mengerti, yang lain......

Betullah kata-kata pali dalam blognya (http://thejihadz.blogspot.com) mengharapkan sahabat muncul membantu, namun yang ada hanyalah terik panas matahari.

Tension makin bertambah apabila sahabat bukan sahaja tidak membantu, malah mula mempertikaikan sumbagan pada perjuangan.

Kadang2 rasa hendak menangis, kadang2 rasa hendak maki je makhluk2 Allah ni, namun AKU MASIH SAYANGKAN SEMUA SAHABATKU.

Kadang2 terasa hendak lari dari medan perjuangan, namum bila difikirkan kembali, aku juga yang rugi.

Petang ini hati tiba2 terkenangkan kampung halamanku, mek abah, adik2ku...terasa sayu sangat.

Ya Allah, berikan lah daku kekuatan, jangan biarkan aku bertindak melampaui batasan sebagai seorang hamba Allah.

-ibnuahmad-

Aug 27, 2008

Maafkan Daku Sahabat


Apabila kehidupan di dunia ini mula dihiasi dengan kegembiraan yang berlebihan, hati ini mulai alpa dan leka terhadap Maha Pencipta. Apabila hubungan dengan yang Maha Pencipta makin berkurangan, mulailah syaitan menguasai jiwa, mulailah nafsu mengawal hati dan diri, sehinggakan......

Diri gagal dikawal dengan sempurna, kata-kata dan gelak ketawa menjadi berlebihan, perbuatan menjadi terlampau, hinggakan......

Ada sahabat yang terluka, ada sahabat yang kecewa, ada sahabat yang terasa, ada sahabat yang marah dengan kita.

Aku tidak tahu apakah ungkapan yang boleh ku lafazkan lagi untuk memohon maaf padamu, sahabatku. Pepatah pujangga mengatakan:

  • Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Aku tidak mahu badan binasa dek kerana mulutku, aku tak mahu kejadian buruk berlaku akibat dari kata-kataku. Aku tak mahu ia terjadi dalam hidupku, maafkan daku sahabat.

Ya Allah, berikanlah kekuatan padaku.

*Artikel pendek ini ditulis selepas aku dimarahi oleh sahabatku akibat dari perbuatanku.


-ibnuahmad-

Aug 19, 2008

Rogol, Liwat & Raba

Jikalau dulu, banyak berita yang menghiasi di dada akhbar mengenai kes-kes rogol, zina, kerosakkan akhlak remaja (terutama akhbar harian metro) yang sampai ke suatu tahap kes-kes atau berita ini menjadi biasa kepada kita. Dah tak timbul soal sensitiviti di kalangan ummat Islam.

Kes-kes penculikan semakin meningkat yang mana melibatkan kanak-kanak menjadikan Malaysia tempat yang kurang selamat untuk kanak-kanak. Kes penculikan dan pembunuhan yang tak dapat diselesaikan semakin menghakis kepercayaan orang ramai terhadap badan berkanun. Mungkin inilah negara yang di war-warkan dengan SELAMAT, AMAN, MAKMUR.

Tiba-tiba negara dihebohkan dengan isu yang lebih popular iaitu kes liwat. Pengakuan terbuka yang dibuat oleh Saipool Bukhari untuk mencari keadilan bagi pihaknya adalah dilihat suatu tindakan yang berani. Sebagai seorang lelaki, saya merasakan pengakuannya tidak patut disiarkan secara umum melalui media massa. Saya merasakan maruah saya sebagai LELAKI turut tercalar dengan pengakuan tersebut, eeee.... Sungguh memalukan.

Persoalannya, adakah tindakan bersumpah dengan memegang QURAN adalah kaedah yang diajar oleh ISLAM. Banyak pendapat yang telah dikeluarkan mengenai tindakan tersebut, ada yang mengatakan ia mengikut cara YAHUDI, ada yang mempertahannya dengan mengatakan ia berlandaskan cara ISLAM yang sebenar.

Apabila difikirkan kembali, di zaman Nabi SAW, naskah AL-QURAN masih belum ada, AL-QURAN dibukukan pada zaman Khalifah Usman bin Affan. Maknanya bersumpah dengan memegang AL-QURAN bukan ajaran dari Nabi SAW, saya pun tak pasti.

Belum lagi reda dengan kes liwat, timbul pula kes raba. Kesian betul saya pada PUTERI UMNO ni, datang menyahut cabaran berjihad di Permatang Pauh, tetapi maruah tergadai. LAWA sangat ke PUTERI UMNO ni ataupun SEKSI sangat ke PUTERI UMNO ni sampai kena raba. Ataupun kaum LELAKI kat Permatang Pauh ni takleh tengok PEREMPUAN/PUTERI, asyik nak raba je. WANITA UMNO takde pula kena raba. Teruk betul kaum LELAKI ni, ishk3.

Apa-apapun, jom kita menyahut seruan Datuk Shahrizat untuk berjihad di Permatang Pauh. Takbir.....

-ibnuahmad-

Aug 9, 2008

Kekalutan yang Memualkan


Sejak akhir-akhir ini, saya semakin kalut dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Kepenatan menyebabkan otak malas nak berfikir, badan malas nak bergerak. Otak menjadi agak beku. Ini menyebabkan saya malas hendak menulis.

Kebetulan pula, tiada isu yang menarik minat saya untuk berkongsi pendapat. Di dada media massa pula majoriti menyiarkan isu-isu politik yang memualkan yang menyebabkan saya muak untuk berkongsi pendapat. Isu-isu seperti kes liwat Datuk Seri Anuar Ibrahim, rasuah dan rasuah, muzakarah PAS-UMNO, pemilihan UMNO, pelan peralihan kuasa dan macam-macam lagi yang seolah-olah tiada perkara lain yang lebih penting yang hendak dibincangkan.

Saya melihat perkara ini seolah2 sengaja dirancang untuk memeningkan kepala rakyak. Apabila rakyat dah pening, muak, boring, maka rakyat dah mula tidak mengambil tahu tentang isu2 semasa. Ini membolehkan pihak2 tertentu mengambil kesempatan apabila tiada/kurang orang memerhatikan nya.

Sekadar luahan hati dan berkongsi pendapat.

-ibnuahmad-

Rumah Penginapan di Cameron Highland

Cameron highland, suatu tempat yang popular apabila disebut namanya. Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan sempat melawat ke kawasan ini. Apa yang hendak saya pamerkan di sini ialah hiasan yang terdapat dalam rumah penginapan yang saya inap. Tersalah tempah tempat menginap kot.

Ini adalah hiasan yg terdapat dalam rumah. Seram jg diabuatnya.





Macam bekas minuman arak je, tak berani nak guna.

Cameron, saya tak tahu siapakah penduduk majoriti kat sini, apa yang dapat perhatikan, kemudahan untuk umat islam tidak disediakan lansung di rumah ini.

Masjid di kawasan ni pun kecil je, sampai ada kawan-kawanku tak jumpa dimana letaknya masjid, nasib baik aku jumpa.

-ibnuahmad-

Jul 30, 2008

Poco-poco Mesrakan Polis, Pelancong


Poco-poco mesrakan polis, pelancong, itulah tajuk berita dalam akhbar utusan meloya pada hari ini. Saya merasa hairan macam mana orang melayu islam boleh terfikir menggunakan kaedah ini untuk melahirkan rasa kemesraan antara polis dan juga pelancong. Apa yang saya lihat, ini ialah suatu kebodohan yang jelas, kejahilan yang nyata, merendahkan martabat orang islam dan kita sekarang terlalu terlalu terpengaruh dengan budaya orang bukan islam, terutamanya budaya barat.

Lihatlah, gadis-gadis polis melayu yang bertudung sedang menari di hadapan pelancong asing, orang bukan islam. Lihatlah betapa rendahnya maruah diri anak bangsa, betapa rendahnya martabat islam, betapa murahnya harga wanita zaman ini.

Terus terang saya katakan, saya amat kecewa melihat budaya ini berleluasa dalam masyarakat kita sekarang ini.

-ibnuahmad-

Jul 28, 2008

Khinzir dan Keturunannya