Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Sep 4, 2008

Ciri-Ciri Masjid Munafik – Dari Sirah Nabawiyyah

Gambar Hiasan

Suasana tekanan yang semakin memuncak, berita tentera Rom Timur (Kerajaan Bizantin) akan menyerang Negara Islam Madinah telah diterima. Rasulullah telahpun menyediakan angkatan perang untuk memerangi mereka di Tabuk.

Dalam suasana kekalutan ini, terdapat satu golongan munafik (diketui oleh Abu ’Amir Al Rahib) merancang untuk melambatkan pergerakan tentera Islam ke medan jihad. Kumpulan ini telah mendirikan masjid berhampiran dengan masjid Quba’. Ciri-ciri masjid ini ialah boleh bernaung daripada panas, tahan daripada kesejukkan dan rekabentuknya cantik. Pembinaan masjid ini adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dan juga sebagai tempat pengintipan bagi tentera Rom Timur. Masjid ini dikenali sebagai MASJID DHIRAR.

Pembinaannya sebelum bertolaknya tentera Islam ke Tabuk. Golongan munafik telah datang menemui Rasulullah agar baginda datang bersembahyang dalam masjid mereka. Tujuannya dengan itu adalah untuk dijadikan hujjah mengatakan masjid itu diakui oleh Rasullah. Rasulullah tidak melayan permintaan mereka disebabkan kesibukkan persiapan perang.

Dalam peperangan Tabuk, tentera Islam mencapai kejayaan yang gemilang dengan tidak menghadapi sebarang tentangan dan tentera musyrikin telah berundur berselerak.

Dalam perjalanan pulang dari medan Tabuk, turunlah firman Allah dalam surah Al Taubah: 107 yang bermaksud:

“Dan (di antara munafikin itu) ada orang-orang yang membina masjid dengan tujuan kemudahratan, kufur dan memecahkan umat islam dan juga (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu dan mereka bersumpah dengan berkata “sebenarnya apa yang kami buat adalah tujuan yang baik”, dan Allah menjadi saksi bahawa mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Maka baginda telah mengarah tentera Islam untuk merobohkan masjid dhirar ini kerana ia bertujuan untuk menjahanamkan umat Islam..


Pengajaran daripada Masjid Dhirar.

Langkah yang berhati-hati perlu diambil terhadap golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam. Golongan munafik bukan sahaja wujud di zaman Rasulullah bahkan terus berkembang pada zaman ini. Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka.

Pembinaan masjid yang canggih, cantik, menarik tidak bermakna disisi Allah jika niatnya salah. Masjid dibina sebagai tempat untuk beribadah, untuk menghambakan diri pada Allah. Ia bukan tempat untuk melakukan perkara maksiat, bukan sebagai tempat perlancongan, bukan untuk bermegah-megah. Semuanya bergantung pada niat kita. Sabda Rasullulah yang bermaksud “Setiap amalan bermula dengan niat dan ia mendapat apa-apa yang diniatnya”.

Sifat golongan munafik ialah tetap bersifat pengecut, penipu yang terkeji, takut dan menjauhkan diri dari cahaya dan nur tetapi gemar sekali membuat hubungan dengan kegelapan yang menyesatkan.

Merekalah yang menyembah kaki penjajah untuk mendapatkan tektik dan teknik bagi menghancurkan umat Islam. Mereka dengan manis muka kononya menyatakan sebagai pembela Islam tetapi sebenarnya palsu dan pura-pura. Hakikatnya mereka bertindak kejam untuk menjerut umat Islam, menjerut leher pejuang-pejuang Islam yang ingin menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Renungkanlah, ratapilah, fikirkanlah sejenak betapa banyaknya masjid yang dibina tanpa dasar ketakwaan kepada Allah.

-ibnuahmad-


Rujukan
  1. Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah – Dari Sirah Nabawiyyah Siri 3, Kuala Lumpur.
  2. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, (2001), Fiqh Al-Sirah 3, Shah Alam, Selangor.
  3. Tafsir Al-Quran.
  4. Mustafa `Abdul Rahman, (2008), Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam, Selangor.

2 comments:

Miss X said...

Wao, tuka tapak blog nampak. Bgs2, chanteq..

Masjid Dhirar. Sepertinya satu masjid di Tgnu tu.. Tapi ada beza.

Masjid Dhirar dibina utk pejuang 'melepak' dari panas mentari hingga lupa ke Tabuk.

Masjid bersilau di Tgnu tu dibina utk melancong. Untuk Islamisasi konon. Hah! Mungkin pemikir kedua-dua masjid ini saudara jauh. Pemikiran yg hampir serupa!

(Kenapa kelawar bercakap mcm org seberang? Ah, kita kan satu rumpun, Melayu!)

Apa pun, syabas. Tulisan yg baik. Bykkan lagi membaca spy lagi banyak menulis. Mungkin boleh tambah entri, kenapa Islam turun di Tanah Arab, bukan di Malaysia. Ada dijelaskan dalam Fiqh Sirah 1 di awal topik.

Satu lagi, tambah la shoutbox. Senang nak letak cap jari

Ibnu Ahmad said...

Bukan xnak letak shoutbox, blog ni pernah letak shoutbox, apa yang dapat dilihat banyak komen yang tak membina.

Oleh itu penulis mengambil keputusan unutk tidak meletakkan shoutbox dlm blog ini.

Maaf atas segala kesulitan...