Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sep 14, 2008

Konsep & Prinsip Umum Perancangan Sistem Keselamatan

Slide 3

PENGENALAN

Firman Allah“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”
(Surah Ar Rum ayat 41)

Peningkatan dalam bidang penerokaan teknologi telah membawa kemajuan kepada manusia menjadikan manusia hidup dengan lebih berkualiti. Namun kealpaan manusia dalam mengejar kemajuan dunia telah menyebabkan kadar jenayah menigkat. Ini menyebabkan kadar keselesaan dan rasa selamat menduduki sesuatu tempat/kawasan berkurang.

OBJEKTIF SISTEM KESELAMATAN
1. Mengurangkan kadar jenayah.
2. Memberikan penghuni rasa selesa dan selamat menghuni sesebuat tempat (rumah, tempat bekerja dll).
3. Meningkatkan kualiti hidup.

KESELAMATAN BANGUNAN

Keselamatan bangunan ialah bagaimana aset seperti manusia dan harta benda boleh dilindungi daripada aktiviti-aktiviti jenayah (rompakan, kecurian,penculikan dll).

Terdapat tiga jenis konsep keselamatan iaitu konsep mekanikal, konsep organisasi, dan konsep semulajadi.

Konsep mekanikal merujuk kepada sistem-sistem mekanikal dan langkah-langkah untuk mengoperasikan sistem-sistem teknologi. Contoh:- pengunci, skrin keselamatan di tingkap-tingkap, pagar dan pintu pagar, sistem-sistem kawalan utama, televisyen litar tutup (CCTV) dan teknologi-teknologi lain.

Konsep organisasi pula bergantung kepada manusia yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pengawasan dan kawalan akses sistem keselamatan dalam rumah atau tempat bekerja. Konsep organisasi adalah seperti penjaga pintu, pengawal keselamatan, pengawal yang dilantik, program kawalan berkala penduduk setempat, rondaan polis.

Konsep semulajadi ialah konsep yang mengambil kira ciri-ciri fizikal dan ruang seperti tapak (rumah, bangunan dll). Contoh ciri-ciri semulajadi termasuklah landskap, tempat duduk luar, pagar, pintu gerbang, dinding, pintu, tingkap, tangga dan sebagainya.

PERKARA ASAS KESELAMATAN

Perkara asas keselamatan terbahagi kepada tiga fasa iaitu pengesanan (detection), pencegahan (deterrence) dan tindakan (response)

Pengesanan merujuk kepada sistem keselamatan yang sepatutnya berupaya mengenalpasti kehadiran ancaman. Ia bergantung kepada pemerhatian oleh pengguna/pengawal keselamatan bangunan.

Fasa kedua, apabila ancaman telah dikesan, sistem keselamatan akan melambatkan fizikal ancaman atau operasi ancaman atau kombinasi kedua-duanya. Tujuan melengahkan ancaman adalah untuk melanjutkan masa sebelum satu ancaman tersebut mencapai sasarannya.

Tindakan ialah keupayaan untuk bertindak pada ancaman yang berlaku dalam fasa pengesanan. Tindakan boleh dibuat secara rasmi atau tidak rasmi. Tindakan rasmi mungkin melibatkan penguatkuasaan undang-undang atau pasukan-pasukan keselamatan swasta. Tindakan tidak rasmi mungkin melibatkan pengguna-pengguna bangunan seperti jiran, pengawalan jiran secara berkala dan sebagainya.

disediakan oleh ibnuahmad

No comments: